Popular Posts

Tuesday, 10 July 2012

Saturday, 3 March 2012

Bila bershopping....

Yang mana satu.........


Inikah......atau

....... itukah

fening.......................

Sunday, 26 February 2012

Ragam manusia....

Dalam kehidupan ini aku temui berbagai ragam manusia....selalunya aku terima ragam mereka seadanya, kerana memang manusia ini pelbagai, kalau kita nak ikut kehendak kita memang kita tak ada kawan dan hidup dalam kepompong kita sendiri.  Tapi bila kali ini adalah kali ke-2 aku temui orang yang begitu 'annoying' mencerita tentang kehidupannya, kali pertama dulu ada sorang ni start aku dudok di sebelahnya, dia dah mula nak cerita tentang kekayaannya, akhirnya ternyata nak buat loan pun susah sebab 'kekayaan' nya sebenarnya 'tak mampu' nak bayar loan banglow projek ku, nasib baik hanya sempat berbual beberapa minit dan aku angkat kaki dan belah secara berhemah, sebelom aku tunjukkan muka meluat ku pada dia.  Memang diperakui oleh suami ku sendiri dan aku pun tau yg aku ni tak suka mengecilkan hati sesiapa, selagi aku mampu aku akan tahan walaupun riak diwajah ku mungkin tak dpt dielakkan utk aku mengatakan bertapa 'boring'nya aku mendengar cerita kawan ni.  Tapi kali ni aku terpaksa bertahan selama hampir 2jam, mendengar cerita kemegahan, kemewahan, keindahan panorama dan bermacam kemeriahan hidupnya...dalam hati aku berkata2 kesian pada kawan2 yg lain yg mungkin tak pernah rasa walaupun sedikit daripada apa saja yang diceritakan tu...macam dalam satu rangkaian lirik lagu ini 'biarpun emas permata sesen pun aku tak punya"..hehehe, sambil2 kawan2 ku ketawa ceria bersamanya, pasti mereka membandingkan kehidupan mereka dgn kehidupan kawan tu, kan tu dah menimbulkan satu persengketaan dlm hati dan fikiran mereka, rasa kecewa, cemburu dan dengki memg lumrah dihati manusia, hanya membezakannya bagaimana cara kita mengawalnya.  Tapi aku pun tau ada juga para pendengar yang 'hepokrit' ada yang 'bodeking' dan ada yang 'apa aje lah labu' (aku dlm ketegori ini).....Hemm aku tak taulah kawan sorang ni, mungkin dia baru merasai keindahan sebuah kehidupan, tapi apa yang selalu ku ingatkan pada diri ku sendiri, kehidupan seperti roda, sentiasa berputar, jangan terlalu ghairah dengan kemewahan dunia, selalu beringat siapa disekeliling kita...emm nak bercakap pun kena tengok2 juga ketegori di kiri dan kanan, ada XS, S,M,L, XL, apa pun aku doakan agar sesiapa saja manusia yang aku kenali hidup bahagia dengan kehidupan mereka, dan yang paling penting kesihatan yang baik, pada aku kesihatan yang baik adalah kesinambungan kehidupan dan harta yang amat2 berharga. Jangan riak dengan kekayaan, ingat kepada lima perkara, sembuh sebelom sakit, kaya sebelom miskin, lapang sebelom sempit, muda sebelom tua, hidup sebelom mati....

Tuesday, 24 January 2012

rindu lagi....

Hari ni hantar anak ku Farisya balik ke MRSM TAR Pekan, seharian aku tak berapa lalu makan hanya minum air dan makan setengah nasi lemak bungkus hinggalah ke malam cuma minum air je, kenapa agaknya dgn aku ni, aku pun x tau...semoga ini bukan petanda penyakit. Malam ni Farisya tidur di asrama, dan rumah ni kesunyian tampa suaranya....esok lusa Farah pulak balik...hemmmm maka suasana jadi bosan semula...
Aku kene fikir apa yg aku nak buat utk 2 hingga 3 minggu ni, ofis...jalan2 ngn hubby..shopping....makan2 (kalau berselera)

Friday, 20 January 2012

Ber-Taitanic ngn hubby di Halong Bay

21/12/2011 Halong Bay
Suasana yg sungguh nyaman di Halong Bay pada petang 21/12/11 membuatkan hati ku amat mengkagumi keindahan bumi Allah ini.  Bersyukur kepadaNya kerana memberi aku kesempatan melihat melihat2 negara lain di sekeliling ku.  Lebih bersyukur kerana kini aku sekeluarga bersama keluarga adikberadik yg lain telah menjadikan riadah seperti ini sebagai acara tahunan, selain setiap bulan acara 'makan bersantai' dengan semua.  Kadang-kadang bila bersendirian terasa ingin ku katakan pada arwah mak bahawa sekarang ikatan kekeluargaan lebih terasa akrabnya, mungkin sebab dulu masa mak ada memang kami adikberadik selalu berkumpul bersama kerana anak-anak akan tinggal dengan mak bersama pembantu rumah sementara kami berkeja, kadang-kadang lepas siap makan semua baru balik ke rumah masing2. Tapi biasalah masa masing2 muda ada juga perselisihan faham terjadi, tapi kini segalanya lama kami telan demi kebaikan bersama dan demi silaturrahim kami adikberadik. Mak segala ingatan ku bersama mu takkan aku lupakan, segala nasihat mu untuk sentiasa bersabar menghadapi dugaan hidup akan aku jadikan pedoman sepanjang hayat.  Mak pernah kata dia tak mau anak2 dia jadi macam dia, makbapak dia tak sayangkan dia, jadikan dia seperti hamba, adik beradik tidak pernah berbaik maka hingga kini walaupun adikberadik mak ku ramai tapi kami tak pernah jumpa, apatah lagi sepupu2 ku aku tak kenal, kepincangan keluarganya jgn diulang...
Kini mak dah tak de, kami adik beradik akan teruskan warisan mak dan bapak, keluarga makin berkembang bila lahir seorang cucu pertama dari keluarga abang ku, anak-anak buah ku yg aku sayang seperti anak2 ku sendiri.  Hidup lebih bermakna bersama mereka semua...aku bersyukur kepadamu Ya Allah keatas segala nikmat yg diberkan..

Wednesday, 18 January 2012

fuhhh setelah berbulan-bulan menyepi

Pada penghujung 2011 aku dpt bertemu semula dgn kawan-kawan sekolah yg telah lama menghilang melalui laman FB.  Seronoknya bukan kepalang. Awal 3 December 2011 membawa seribu makna, aku bertemu dengan mereka di Bangi Kopitiam, Setiawangsa, walaupun bukan semua yg dapat datang tapi dapat juga aku  bergelak ketawa dan mengimbau kenangan masa zaman remaja dulu, masing2 telah berubah, walaupun 'still' wajah2 manis masa lalu masih jelas diwajah mereka. Secara mengejut juga dihari yg sama bertemu pulak dgn cikgu sukan kami Cikgu Bedah, syukurkepada Mu Ya Allah, ternyata cikgu masih nampak muda...Terasa masa yg diperuntukkan utk aku bersama kawan2 tak mencukupi, ingin aku ikut mereka berkaraoke sehingga ke malam, tp suami dan anak2 juga memerlukan aku disamping mereka...Hari demi hari yg berlalu seorang demi seorang kawan2 lama ku temui termasuk kakak angkat ku masa di tingkatan 2 dulu...Macam2 nak dibualkan, tp masa sentiasa mencemburui aku.  Kadang2 terfikir juga mengapa tiba2 pertemuan itu berlaku...mengapa tidak dulu, emm mungkin dunia cyber memberi manafaat didlm mengeratkan silatulrahim..wallahualam