Popular Posts

Sunday, 26 February 2012

Ragam manusia....

Dalam kehidupan ini aku temui berbagai ragam manusia....selalunya aku terima ragam mereka seadanya, kerana memang manusia ini pelbagai, kalau kita nak ikut kehendak kita memang kita tak ada kawan dan hidup dalam kepompong kita sendiri.  Tapi bila kali ini adalah kali ke-2 aku temui orang yang begitu 'annoying' mencerita tentang kehidupannya, kali pertama dulu ada sorang ni start aku dudok di sebelahnya, dia dah mula nak cerita tentang kekayaannya, akhirnya ternyata nak buat loan pun susah sebab 'kekayaan' nya sebenarnya 'tak mampu' nak bayar loan banglow projek ku, nasib baik hanya sempat berbual beberapa minit dan aku angkat kaki dan belah secara berhemah, sebelom aku tunjukkan muka meluat ku pada dia.  Memang diperakui oleh suami ku sendiri dan aku pun tau yg aku ni tak suka mengecilkan hati sesiapa, selagi aku mampu aku akan tahan walaupun riak diwajah ku mungkin tak dpt dielakkan utk aku mengatakan bertapa 'boring'nya aku mendengar cerita kawan ni.  Tapi kali ni aku terpaksa bertahan selama hampir 2jam, mendengar cerita kemegahan, kemewahan, keindahan panorama dan bermacam kemeriahan hidupnya...dalam hati aku berkata2 kesian pada kawan2 yg lain yg mungkin tak pernah rasa walaupun sedikit daripada apa saja yang diceritakan tu...macam dalam satu rangkaian lirik lagu ini 'biarpun emas permata sesen pun aku tak punya"..hehehe, sambil2 kawan2 ku ketawa ceria bersamanya, pasti mereka membandingkan kehidupan mereka dgn kehidupan kawan tu, kan tu dah menimbulkan satu persengketaan dlm hati dan fikiran mereka, rasa kecewa, cemburu dan dengki memg lumrah dihati manusia, hanya membezakannya bagaimana cara kita mengawalnya.  Tapi aku pun tau ada juga para pendengar yang 'hepokrit' ada yang 'bodeking' dan ada yang 'apa aje lah labu' (aku dlm ketegori ini).....Hemm aku tak taulah kawan sorang ni, mungkin dia baru merasai keindahan sebuah kehidupan, tapi apa yang selalu ku ingatkan pada diri ku sendiri, kehidupan seperti roda, sentiasa berputar, jangan terlalu ghairah dengan kemewahan dunia, selalu beringat siapa disekeliling kita...emm nak bercakap pun kena tengok2 juga ketegori di kiri dan kanan, ada XS, S,M,L, XL, apa pun aku doakan agar sesiapa saja manusia yang aku kenali hidup bahagia dengan kehidupan mereka, dan yang paling penting kesihatan yang baik, pada aku kesihatan yang baik adalah kesinambungan kehidupan dan harta yang amat2 berharga. Jangan riak dengan kekayaan, ingat kepada lima perkara, sembuh sebelom sakit, kaya sebelom miskin, lapang sebelom sempit, muda sebelom tua, hidup sebelom mati....