21/12/2011 Halong Bay
Suasana yg sungguh nyaman di Halong Bay pada petang 21/12/11 membuatkan hati ku amat mengkagumi keindahan bumi Allah ini. Bersyukur kepadaNya kerana memberi aku kesempatan melihat melihat2 negara lain di sekeliling ku. Lebih bersyukur kerana kini aku sekeluarga bersama keluarga adikberadik yg lain telah menjadikan riadah seperti ini sebagai acara tahunan, selain setiap bulan acara 'makan bersantai' dengan semua. Kadang-kadang bila bersendirian terasa ingin ku katakan pada arwah mak bahawa sekarang ikatan kekeluargaan lebih terasa akrabnya, mungkin sebab dulu masa mak ada memang kami adikberadik selalu berkumpul bersama kerana anak-anak akan tinggal dengan mak bersama pembantu rumah sementara kami berkeja, kadang-kadang lepas siap makan semua baru balik ke rumah masing2. Tapi biasalah masa masing2 muda ada juga perselisihan faham terjadi, tapi kini segalanya lama kami telan demi kebaikan bersama dan demi silaturrahim kami adikberadik. Mak segala ingatan ku bersama mu takkan aku lupakan, segala nasihat mu untuk sentiasa bersabar menghadapi dugaan hidup akan aku jadikan pedoman sepanjang hayat. Mak pernah kata dia tak mau anak2 dia jadi macam dia, makbapak dia tak sayangkan dia, jadikan dia seperti hamba, adik beradik tidak pernah berbaik maka hingga kini walaupun adikberadik mak ku ramai tapi kami tak pernah jumpa, apatah lagi sepupu2 ku aku tak kenal, kepincangan keluarganya jgn diulang...
Kini mak dah tak de, kami adik beradik akan teruskan warisan mak dan bapak, keluarga makin berkembang bila lahir seorang cucu pertama dari keluarga abang ku, anak-anak buah ku yg aku sayang seperti anak2 ku sendiri. Hidup lebih bermakna bersama mereka semua...aku bersyukur kepadamu Ya Allah keatas segala nikmat yg diberkan..
No comments:
Post a Comment